PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS BAGI JAS TERENGGANU

maisarah 09/07/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS BAGI JAS TERENGGANU
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
laluan Chendering, Gong Badak, Batu Rakit, Merang, Penarik, Saujana, Tembila, Paya Rawa, Kampung Raja, Jabi, Chalok, Sungai Tong- Manir

Penerangan

1. Rondaan daratan hari ini melibatkan pemantauan di laluan Chendering, Gong Badak, Batu Rakit, Merang, Penarik, Saujana, Tembila, Paya Rawa, Kampung Raja, Jabi, Chalok, Sungai Tong- Manir 2.Pasukan rondaan menyertai aktiviti pembersihan pantai dalam Program Santai Alam 3.0 di Pantai Pandak, Chendering. Pasukan telah mengesan terdapat kesan Pembakaran Terbuka di kawasan pembuangan sampah di kawasan tersebut. Tindakan, pemasangan banner Larangan Pembakaran Terbuka telah ditampal. 3. Pasukan rondaan telah mengesan aktiviti pembakaran terbuka berhampiran tempat tong sampah MBKT di bahu jalan Kampung Wakaf Bharu, Gong Badak. Pelaku tidak dapat di kesan semasa kejadian berlaku. Tindakan, pemasangan banner Larangan Pembakaran Terbuka dan rujuk MBKT untuk pemantauan di kawasan tersebut 4. Pemantuan melalui dron di Pantai Mangkuk, Setiu mendapati tiada Pembakaran Terbuka dan tarball di kesan di kawasan tersebut. 5. Pemantauan melalui dron di TPS dan kawasan tanah gambut di Kampung Paya Rawa, Besut tiada Pembakaran Terbuka dikesan. 6. Pasukan rondaan telah mengesan aktiviti pembersihan tanah di Kampung Bintang, Setiu. Terdapat longgokan sisa pokok dan kayu di atas tanah tersebut. Pemasangan banner Larangan Pembakaran Terbuka telah ditampal. 7. Pasukan rondaan telah mengesan aktiviti pembakaran terbuka ke atas sampah sarap daripada kerja ubahsuai rumah yang bersaiz 1m x 1m berlaku di Lot 4376, Kampung Sungai Pinang, Chalok, Setiu. Maklumat pelaku telah diambil untuk tindakan selanjutnya. Tindakan, pelaku diarahkan memadamkan pembakaran tersebut dengan serta-merta, mengedarkan risalah Larangan Pembakaran Terbuka supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan membuang sampah ke tong sampah MDS .

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan