Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM KOMUNIKASI , PENDIDIKAN & KESEDARAN AWAM ( CEPA) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU ( BEACH PLOGGING )
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- pantai Pandak, Chendering
Penerangan
KUALA TERENGGANU 23 Mei 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyertai Program Santuni Alam 3.0 di pantai Pandak, Chendering yang turut melibatkan sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) Terengganu, Pelajar- pelajar UiTM Chendering dan pelajar-pelajar SMA Khairiah. Aktiviti plogging ini telah berjaya mengumpul sebanyak 381kg sisa sampah dan botol plastik.
Sebahagian besar sisa yang dikumpul adalah hasil buangan daripada para pengunjung pantai rekreasi tersebut. Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya bersama-sama menjaga alam sekitar terutamanya di kawasan pantai .
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu menyambut baik program- program seperti ini dan sedia menjalin kerjasama bersama pihak awam, NGO dan pihak industri bagi menyokong dan memastikan kelestarian alam kekal terpelihara .