PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM KELESTARIAN HUTAN PAYA BAKAU SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

nasir.ibrahim 26/05/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KELESTARIAN HUTAN PAYA BAKAU SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
Sultan Ibrahim Power Plant dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor Tanjung Piai
Lokasi
Tanjung Piai, Johor

Penerangan

22 Mei 2025, Tanjung Piai, Johor – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput untuk menyertai Program Kelestarian Hutan Paya Bakau yang dianjurkan oleh Sultan Ibrahim Power Plant dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor Tanjung Piai. Program ini turut disertai oleh pihak Johor Port dan warga kerja Sultan Ibrahim Power Plant serta TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd. Tiga aktiviti telah dijalankan iaitu semaian anak pokok bakau, kutipan sampah yang hanyut dan terperangkap di kawasan bakau terutama plastik dan aktiviti utama adalah menanam anak pokok bakau. Sebanyak 30 anak pokok bakau berjaya disemai dan 30 anak pokok bakau telah berjaya ditanam dalam program ini. Program ini merupakan salah satu usaha bersama bagi memelihara dan memulihara kawasan paya bakau untuk meningkatkan biodiversiti ekosistem marin disamping meningkatkan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan kawasan paya bakau sebagai benteng ancaman hakisan arus ombak yang kuat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan