Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI BIODIVERSITI SEDUNIA 2025 PERINGKAT FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI UITM KAMPUS SEREMBAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- FSPPP UITM KAMPUS SEREMBAN
- Lokasi
- UITM KAMPUS SEREMBAN
Penerangan
21 MEI 2025, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena Hari Biodiversiti Sedunia Tahun 2025 Peringkat Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UITM Kampus Seremban.
Program ini turut dihadiri oleh pensyarah, pelajar serta pelbagai agensi lain. JAS Negeri Sembilan melalui Unit Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar serta pengurusan buangan elektrik dan elektronik (E-waste) secara lestari.
Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini.
JAS Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak sekolah di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama