PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel,Program Kesedaran

MAJLIS PELANCARAN SISTEM APLIKASI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (MySLAAS) SEMPENA PROMOSI PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

nursyadah 26/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELANCARAN SISTEM APLIKASI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (MySLAAS) SEMPENA PROMOSI PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
Tahun
2025
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Batu Kikir, Negeri Sembilan

Penerangan

20 Mei 2025, Jempol - Satu Majlis Pelancaran Sistem MySLAAS – Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar telah diadakan bagi mempromosikan Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bagi kitaran ke 10 sesi 2025/2026. Majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan dan promosi kepada pihak sekolah kususnya para guru dan murid tentang program SLAAS yang telah menginjak usia lebih sedekad. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Nor Rashidah Binti Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bersama Encik Mohd Redzuan Bin Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Program SLAAS ini bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitik beratkan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas dikalangan warga sekolah dan komuniti dalam pengamalan gaya hidup lestari. Untuk SLAAS Sesi 2025/2026 ini adalah lebih menarik kerana semua proses penyertaan dan penilaian akan diadakan sepenuhya melalui sistem MySLAAS. JASNS juga telah merancang untuk melaksanakan bengkel Hands - On untuk setiap daerah bagi membantu para guru untuk lebih mesra menggunakan sistem MySLAAS ini. Pihak JAS amat mengalu-alukan penyertaan sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan sebagai sokongan terhadap pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan aktiviti kelestarian alam sekitar bagi program Komunikasi, Pendidikan, dan Kesedaran Awam (CEPA). Penyertaan kini lebih mudah dan sistematik dengan Sistem MySLAAS!! Layari https://slaas.doe.gov.my/portal-main/login untuk pendaftaran. #NRES #JabatanAlamSekitar #jasn9 #JomSertaiSLAAS

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan