PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM KUDAH DAN PENANAMAN POKOK BAKAU 1 RAS 1 POKOK BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025

normuhamad 26/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KUDAH DAN PENANAMAN POKOK BAKAU 1 RAS 1 POKOK BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (WED) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR DAN RAKAN ALAM SEKITAR
Lokasi
SABAK BERNAM, SELANGOR

Penerangan

17 Mei 2025, Sabak Bernam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Rakan Alam Sekitar (RAS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter dan rakan strategik alam sekitar (RSAS) telah menjalankan program KUDAH dan penanaman pokok bakau di Denai Tebuk Mendaling, Sabak Bernam. Wakil JAS Negeri Selangor telah diketuai oleh Puan Nurhidayah Binti Zainal Abidin, Ketua Cawangan dan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari JAS Cawangan Sabak Bernam. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada masyarakat, memberi pendedahan akan kesan pengurusan sisa yang tidak terurus khususnya plastik selaras dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia “Ending Plastic Pollution” dan sebagai usaha untuk menyokong aspirasi Kerajaan ke arah penghijauan Malaysia. Sebanyak 1000 pokok bakau telah berjaya ditanam di Denai Tebuk Mendaling. Jom bersama amalkan gaya hidup lestari untuk alam sekitar kita. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan