PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS STATIK BERSEPADU 'OPS GERAK' JAS NEGERI SELANGOR BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 20 MEI 2025

normuhamad 30/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS STATIK BERSEPADU 'OPS GERAK' JAS NEGERI SELANGOR BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 20 MEI 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR & POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Lokasi
SHAH ALAM, SELANGOR

Penerangan

20 Mei 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Cawangan Peronda Lebuh Raya Sektor B3 (ELITE), Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bukit Aman telah menjalankan operasi statik bersepadu “Ops Gerak” di Plaza Tol Shah Alam, Bukit Jelutong. Sebanyak 349 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 31 buah kenderaan telah ditahan untuk saringan secara visual dan 2 buah kenderaan telah ditahan untuk pengujian asap menggunakan smoke meter. Dua (2) buah kenderaan telah didapati gagal mematuhi had 50% ketumpatan asap sepertimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996. Orang awam adalah diingatkan untuk sentiasa memastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik bagi mengelakkan ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan dibawahnya serta pencemaran udara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan