PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN TUMPAHAN MINYAK DI LEBUHRAYA PLUS SUNGAI BULOH

normuhamad 26/05/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN TUMPAHAN MINYAK DI LEBUHRAYA PLUS SUNGAI BULOH
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SUNGAI BULOH, SELANGOR

Penerangan

17 Mei 2025, Sungai Buloh – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menerima aduan mengenai insiden kemalangan yang berlaku di Lebuhraya PLUS Sungai Buloh menghala ke Selatan pada 17 Mei 2025 jam 2.00 pagi melibatkan lori jenis Kelas 1 yang membawa muatan tong drum mengandungi minyak Diesel. Kemalangan tersebut telah menyebabkan tong drum yang mengandungi minyak diesel tersebut tertumpah di laluan Lebuhraya. Tindakan pantas telah diambil oleh pihak PLUS Emergency Response Team bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kontraktor penyelenggara Lebuhraya iaitu Egenta Infra Services dalam mengawal pencemaran minyak dan lalu lintas. Siasatan JAS mendapati bahawa masih terdapat sisa minyak di laluan kecemasan. Arahan menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan kadar segera telah dikeluarkan bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna Lebuhraya terutamanya pengguna motorsikal. Tiada tumpahan dan aliran minyak dikesan di longkang Lebuhraya berkenaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan