Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MANGROVE PLANTING PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor Tanjung Piai.
- Lokasi
- Tanjung Piai, Johor
Penerangan
21 Mei 2025, Tanjung Piai, Johor – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput untuk menyertai Program Penanaman Anak Pokok Bakau yang dianjurkan oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor Tanjung Piai. Program ini turut disertai oleh seramai 40 orang anggota daripada 40 Rejiman Pakar Pelabuhan RAJD (AW) dan 30 orang warga kerja PTP.
Tiga aktiviti telah dijalankan iaitu semaian anak pokok bakau, kutipan sampah yang hanyut dan terperangkap di kawasan bakau terutama plastik dan aktiviti utama adalah menanam anak pokok bakau. Sebanyak 110 anak pokok bakau berjaya disemai dan 2500 anak pokok bakau telah berjaya ditanam dalam program ini.
Program ini merupakan salah satu usaha bersama bagi memelihara dan memulihara kawasan paya bakau untuk meningkatkan biodiversiti ekosistem marin disamping meningkatkan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan kawasan paya bakau sebagai benteng ancaman hakisan arus ombak yang kuat.