Penerangan
KUANTAN, 21 Mei 2025 – Mesyuarat Pengurusan Tanah Gambut bilangan 1/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Anggerik, Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Ahli Mesyuarat terdiri daripada Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang terlibat di dalam Pengurusan Tanah Gambut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Noor Shahniyati binti Ahmad Shukri, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.
Agenda Mesyuarat adalah Pembentangan Pencapaian Tahun 2024 dan Perancangan Pelaksanaan Pengurusan Tanah Gambut 2025. Penambahbaikan program Pengurusan Tanah Gambut yang melibatkan Aktiviti Penyelenggaraan Infrastruktur Tanah Gambut sedia ada dan Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut turut dibincangkan.
Agensi-agensi yang terlibat dalam pembentangan perancangan Pengurusan Tanah Gambut adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang (Bomba), Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.
Puan Pengerusi mengharapkan Pengurusan Tanah Gambut dapat memberi impak keatas pengurangan kebakaran hutan tanah gambut di Negeri Pahang.