PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PROGRAM SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025

JAS PAHANG 26/05/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Pahang

Penerangan

KUALA GANDAH, 20 Mei 2025 - JAS Negeri Pahang bersama Rakan Strategi Tenaga Nasional Berhad, Bahagian Grid (Maintenance East) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah (Jabatan PERHILITAN) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Pahang 2025. Program ini dilaksanakan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 yang membawa tema “Ending Plastic Pollution”. Perasmian Program sambutan tersebut diadakan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Puan Noor Shahniyati binti Ahmad Shukri. Bertepatan dengan tema “Ending Plastic Pollution” beliau menyeru kepada semua untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang memberi kesan kepada pengurangan pencemaran plastik ke alam sekitar. Program melibatkan 100 orang kakitangan TNB, Bahagian Grid (Maintenance East) yang merupakan ahli Rakan Alam Sekitar. Antara pengisian program adalah Tayangan Video Dokumetari operasi menyelamat gajah, Envirohunt, pembersihan Paddock, memandikan gajah dan memberi makan gajah.