PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PROGRAM KOMUNIKASI , PENDIDIKAN & KESEDARAN AWAM ( CEPA) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU ( FOREST RESTORATION )

maisarah 26/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOMUNIKASI , PENDIDIKAN & KESEDARAN AWAM ( CEPA) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU ( FOREST RESTORATION )
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
Air Terjun Menderu, Kerteh, Terengganu

Penerangan

KERTEH, 18 Mei 2025 - Chemsain Consultant Sdn Bhd telah menganjurkan program “Forest Restoration Campaign” dengan kerjasama TATIUC , Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar bertempat di Hutan Simpan Rasau - Air Terjun Menderu, Kerteh, Terengganu . Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti College TATI, pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pegawai- pegawai JAS Negeri Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman. Ketua Cawangan, JAS Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan Bin Wan Omar turut hadir bagi menyokong program ini. Sebanyak 180 batang anak pokok jenis Paya Kelat dan Spesis Merawan Siput Jantan atau nama botaninya “ Hopea Odorata Roxb” telah ditanam. Anak- anak pokok ini ditanam bersesuaian dengan keadaan muka bumi di kawasan ini dan peratusan hidupnya adalah tinggi . Pihak Chemsain Consultant mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat khususnya Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan kerana telah menyumbang masa dan tenaga bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar dan menyokong program sebegini. Alam sekitar merupakan tanggungjawab pelbagai sektor dan masyarakat. Alam sekitar tanggungjawab bersama .

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan