PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM PEMBUATAN MUDBALL DAN CERAMAH KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR SERTA IMPAK PENCEMARAN SUNGAI

aminuddin 21/05/2025 6 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PEMBUATAN MUDBALL DAN CERAMAH KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR SERTA IMPAK PENCEMARAN SUNGAI
Tahun
2025
Organisasi
Lembaga Pelabuhan Kuantan
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

KUANTAN, 20 Mei 2025 - JAS Cawangan Gebeng telah hadir menyertai Program Pembuatan dan pelepasan Effective Microorganism (EM) Mudball di Sungai Balok yang dianjurkan oleh Lembaga Pelabuhan Kuantan yang dirasmikan oleh YB Dato' Amizar bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang. Aktiviti balingan mudball ini juga bertujuan untuk menghalang pertumbuhan alga dan memecahkan bahan organik, menjadikan air lebih bersih dan jernih serta mengurangkan bau busuk di dalam sungai. Selain daripada aktiviti yang dijalankan, Ketua Cawangan JAS Cawangan Gebeng, Encik Mohd Norli bin Abdullah turut menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar serta impak pencemaran sungai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan