Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KURSUS PEMANTAPAN BAGI PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN/ MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH TAHUN 2025
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS KELANTAN
- Lokasi
- Kota Bharu
- Diskripsi
- KURSUS PEMANTAPAN BAGI PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN/ MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH TAHUN 2025
15 Mei 2025, Kota Bharu – Kursus Pemantapan Bagi Penyediaan Kertas Siasatan/Memberi Keterangan di Mahkamah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 13 dan 14 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenali, JAS Negeri Kelantan. Program ini merupakan hasil kerjasama JAS Kelantan dan JAS Johor dan dalam usaha memantapkan Kakitangan teknikal di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan JAS Cawangan Gua Musang mengenai penyediaan Kertas Siasatan/Memberi Keterangan di Mahkamah. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Zaharin bin Ahmad, Penolong Pengarah dan Encik Zuhairi bin Said, Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor yang berpengalaman luas sebagai Pegawai Pendakwa di Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Objektif utama kursus ini adalah untuk mempertingkatkan kefahaman serta kompetensi pegawai awam dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan Kertas Siasatan kes mahkamah dan bagaimana kaedah yang betul memberi keterangan pada perbicaraan di mahkamah.Bengkel ini telah mencapai matlamatnya dalam memberikan ilmu, kesedaran serta kemahiran praktikal berkaitan penyediaan kertas siasatan/memberi keterangan di mahkamah kepada para pegawai JAS Negeri Kelantan dan JAS Cawangan Gua Musang. Adalah diharapkan agar penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memantapkan pengetahuan dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jabatanalamsekitarnegerikelantan
#alamsekitartanggungjawabbersama