Koleksi Digital / Video

RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN EFLUEN DI DAERAH KULIM, KEDAH 9 Mei 2025– Kulim, Kedah. Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Rondaan Darat bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) di kawasan Batu Putih, Titi Panjang, Kuala Ketil dan Padang Meha. Pemantauan penebangan sawit bagi aktiviti penanaman semula di lakukan dia kawasan - kawasan ladang dengan memasang banner sebagai peringatan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka. Sementara itu, pemantauan turut dilakukan di kawasan Industri Kuala Ketil dengan memastikan tiada pencemaran dilakukan, pemantauan juga dilakukan di dalam premis sebagai peringatan untuk tidak melakukan pencemaran. Pemantauan yang dijalankan ini adalah bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum. Orang ramai adalah diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan kepada [email protected] atau ke portal aduan Jabatan Alam Sekitar, https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #jaskulim #alamsekitartanggungjawabbersama

Oleh najmi · 21/05/2025 · 16 paparan

Kata kunci
mei2025
Fail / Media (2)
  • 20252005123757199.png .png Buka
  • 20252005124458203.mp4 .mp4 Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS