Penerangan
Hari ini Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang menyaksikan seramai 112 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAS bagi tahun 2024. Majlis ini turut meraikan 30 orang pesara yang telah menamatkan perkhidmatan mereka dalam JAS.
Ketua Pengarah Alam Sekitar, Ybhg. Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam ucapannya turut menzahirkan bahawa dedikasi, disiplin dan integriti dalam pekerjaan akan sentiasa dikenang dan dihargai. Beliau turut mengharapkan kecemerlangan pegawai-pegawai ini dapat dikekalkan, dan dijadikan sebagai inspirasi kepada rakan-rakan sekerja yang lain.
Majlis turut dihadiri oleh semua Pengurusan Tertinggi Jabatan dan Pengarah-Pengarah Ibu Pejabat dan Negeri-Negeri.
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#NRES
#MalaysiaMadani
#MADANIbekerja