Penerangan
KEMAMAN , 12 MEI 2024 - JAS Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) bersama-sama Bahagian Penguatkuasaan Trafik IPD Kemaman.
Turut hadir dalam operasi ini adalah YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam , Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Tuan Hamzah bin Mohamad serta pegawai -pegawai kanan dari JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Terengganu serta Cawangan Kemaman.
Dengan kekuatan seramai dua puluh tiga (23) anggota penguatkuasa JAS Negeri Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman, kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Jakar, Kemaman ke Kuala Terengganu telah ditahan dan diuji meter bagi memeriksa pelepasan asap daripada kenderaan berenjin diesel, berenjin petrol dan bunyi bising daripada motosikal.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi standad pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan berkaitan.
Dalam operasi pada hari ini, JAS turut menjalankan pensampelan kualiti bahanapi petrol dan diesel di stesen minyak berdekatan.