Penerangan
KUALA TERENGGANU ,13 Mei 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama rakan strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Management Science University (MSU) telah mengadakan Program Nampak, Kutip dan Riadah ( NAKUDAH ) bertempat di Pantai Batu Buruk. Program ini juga diadakan sempena sambutan Hari Bumi tahun 2025.
Program ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta terdiri daripada pelajar Management Science University ( MSU) kampus Kuala Terengganu, pegawai dan kakitangan TNB dan pegawai- pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu . Program ini telah dirasmikan oleh Encik Zakaria bin Ahmad@Mohd, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu .
Program ini berjaya mengumpul sebanyak 140kg sisa sampah seperti botol plastik dan lain-lain.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu menyambut baik program- program seperti ini dan sedia menjalinkan kerjasama dengan pihak awam dan industri bagi menyokong dan memastikan kelestarian alam sekitar.