Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU DI BAWAH PELAN KERJASAMA STRATEGIK (SEP30) DI ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR & TENAGA NASIONAL BERHAD
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- Dewan Gamelan 3 , Primula Beach Hotel Kuala Terengganu
Penerangan
Kerjasama strategik antara Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Alam Sekitar diteruskan lagi dengan sesi
libat urus yang diadakan di Dewan Gamelan 3 , Primula Beach Hotel Kuala Terengganu .
Sesi libat urus ini diadakan untuk menjalinkan kerjasama kukuh antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam melaksanakan aktiviti dan program berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar , menyelesaikan isu-isu berbangkit di antara JAS dan premis TNB di Terengganu dan mendokong serta menyumbang secara aktif dalam menjayakan Pelan Strategik JAS 2021-2030.
Sesi libat urus ini dihadiri oleh Pegawai- Pegawai Utama TNB dan Pegawai - Pegawai Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu .
Kerjasama strategik ini diteruskan lagi pada sesi petang iaitu Program “ Beach Plogging “ yang turut disertai oleh pelajar-pelajar dari Management Science University (MSU) Kampus Kuala Terengganu, Pegawai- pegawai JAS dan TNB .