PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SEMINAR HANDS-ON ELECTRONIC SCHEDULED WASTE INFORMATION SYSTEM (eSWIS) VERSION 2 14 MEI 2025 | TD1303, KUALA TERENGGANU

maisarah 21/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR HANDS-ON ELECTRONIC SCHEDULED WASTE INFORMATION SYSTEM (eSWIS) VERSION 2 14 MEI 2025 | TD1303, KUALA TERENGGANU
Tahun
2025
Organisasi
UNIT PENGUATKUASAAN
Lokasi
TD1303, Kuala Terengganu

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Terengganu (KASTER) telah menganjurkan Seminar Hands-on Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS) Version 2 pada 14 Mei 2025 bertempat di TD1303, Kuala Terengganu. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memperluaskan pemahaman dan penguasaan penggunaan sistem eSWIS V2 dalam kalangan pihak industri. Seramai 150 peserta yang terdiri daripada wakil industri, pengendali buangan terjadual dan pihak berkepentingan telah menghadiri seminar ini. Bagi memastikan penglibatan yang lebih menyeluruh dan efektif, peserta dibahagikan kepada dua sesi - pagi dan petang. Sistem eSWIS V2 merupakan sistem baharu yang dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai penambahbaikan kepada sistem eSWIS sedia ada. Ia berfungsi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan buangan terjadual, dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna serta ciri pelaporan dan pemantauan yang dipertingkatkan. Sistem ini juga menyokong pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Majlis perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Encik Hamzah bin Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Dalam ucapan perasmiannya, Encik Hamzah menegaskan komitmen JAS untuk terus memperkasakan pematuhan industri terhadap undang-undang dan peraturan alam sekitar, khususnya berkaitan pengurusan buangan terjadual. Beliau turut menggesa semua wakil industri dan pihak berkepentingan agar memanfaatkan sistem eSWIS V2 secara optimum sebagai salah satu langkah proaktif dalam melindungi dan memelihara alam sekitar di negeri Terengganu. Selain sesi pembentangan, peserta turut menyertai sesi latihan hands-on, di mana mereka dapat mencuba terus penggunaan sistem eSWIS V2 secara praktikal. Ini membolehkan peserta memperoleh kefahaman yang lebih jelas dan mendalam dalam aspek teknikal serta pelaporan berkaitan buangan terjadual. Penganjuran seminar ini mencerminkan usaha berterusan JAS Terengganu untuk menyokong pembangunan kapasiti teknikal pihak industri dan memastikan sistem pengurusan buangan terjadual yang lebih lestari, sistematik dan selamat bagi kesejahteraan alam sekitar dan generasi akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan