Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGURUS DAN PENYELIA KILANG PROSES MINYAK DITAHAN BANTU SIASATAN JAS
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- PASIR GUDANG
Penerangan
15 Mei 2025, PASIR GUDANG : JAS Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan siasatan susulan aduan awam pelupusan haram buangan terjadual di sebuah gudang terbiar di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.
Siasatan mendapati terdapat buangan terjadual yang ditanam di kawasan semak oleh sebuah premis pembuatan minyak bahanapi. Hasil siasatan lanjut menemukan lebih kurang 16 IBC mengandungi buangan terjadual SW 311 iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak yang distor di dalam bangunan tinggalan kilang.
Sebanyak tiga (3) pensampelan buangan telah dijalankan dan dianalisa Jabatan Kimia Negeri Johor.
Tangkapan di bawah Seksyen 37C, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap tiga (3) Orang Yang Disyaki (OYDS) iaitu Pengarah Urusan dan 2 Pengurus Kilang dibuat untuk siasatan lanjut kes berhubung pencemaran ke atas tanah di bawah Seksyen 24(1) dan Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat.