Penerangan
15 MEI 2025, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Timur) telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis percetakan di Kawasan Perindustrian Plentong, Johor Bahru.
Pasukan penguatkuasa telah mengenalpasti premis ini tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Tindakan tegas Notis Arahan dan Tawaran Kompaun dikenakan ke atas premis ini bagi menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 & Peraturan-peraturan di bawahnya.
'ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'