Penerangan
14 MEI 2025, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang telah menjalankan rondaan pantai di sekitar kawasan Sedili iaitu Pantai Manis Tanjung Sedili, Pantai Teluk Mahkota dan Pantai Sedili Kecil. Tujuan rondaan adalah bagi memantau pencemaran minyak di kawasan pantai.
Hasil rondaan mendapati tiada minyak atau tarball dikesan di sepanjang pantai-pantai tersebut.
Jabatan menyeru kepada semua pihak supaya bersama-sama cakna menjaga pantai di seluruh Malaysia bebas daripada pencemaran dan juga sampah sarap.