PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025

JAS PAHANG 21/05/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Pahang

Penerangan

LIPIS, 4 Mei 2025 - JAS Negeri Pahang telah menganjurkan Program Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Pahang 2025 bersama Rakan Strategi TNB Power Generation Sdn. Bhd. serta juga kerjasama dari Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Lipis. Perasmian Program sambutan tersebut bertempat di Dewan Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Lipis dan telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan, Dr. Abdul Rahman bin Abdullah. Antara pengisian program adalah Ceramah Pemanasan Global untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran terhadap isu semasa pemanasan global disampaikan oleh Ir. Ts. Mohd Radzi bin Ridzuan Ketua Cawangan JAS Cameron Highland serta ceramah-ceramah berkaitan Program Rehabilitasi Ikan dan Pemantauan Ikan Sungai juga telah disampaikan oleh pihak TNB dan Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Selain itu antara aktiviti lain yang dijalankan adalah pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS), pameran kesedaran alam sekitar, pengumpulan barangan e-waste dan barangan kitar semula, penanaman pokok dan Pertandingan Eco Raft. Program ini dilaksanakan sempena Sambutan Hari Bumi 2025 yang membawa tema “Our Power Our Planet”.