Penerangan
KUANTAN, 30 April 2025 - JAS Negeri Pahang bersama Kelab Sukan & Kebajikan JAS Negeri Pahang (KASPA) telah menganjurkan Seminar Maximising Schedule Waste Management For Environmental Sustainability sempena Hari Bumi 2025 selama dua hari iaitu 29 dan 30 April 2025 di Hotel Zenith Kuantan, Pahang.
Seminar melibatkan 188 orang peserta dan 8 pempamer telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Pahang. Turut diadakan Majlis Penyerahan Lesen PYDT(BT) Negeri Pahang 2025.
Terdapat lima (5) sesi ceramah Pengurusan Buangan Terjadual telah disampaikan oleh para pegawai JAS dan Rakan Strategik. Tajuk-tajuk ceramah adalah seperti berikut:
i. Pengurusan Holistik Buangan Terjadual & Peranan Orang Yang Berwibawa (Buangan Terjadual) disampaikan oleh Pn. Siti Noriah binti Abu Bakar, Ketua Cawangan JAS Temerloh;
ii. Polisi dan Halatuju Pengurusan Bahan Buangan Terjadual dalam Memperkasakan Alam Sekitar disampaikan oleh Pn. Noor Shahniyati binti Ahmad Shukri Timbalan Pengarah (Operasi) JAS Pahang;
iii. Penggunaan Sistem eSWIS Versi 2.0 disampaikan oleh Pn. Norsyazwani binti Che Mohamed Pegawai Kawalan Alam Sekitar Bahagian Bahan Berbahaya, JAS Ibu Pejabat;
iv. Perkongsian Kes-Kes Pelupusan Haram & Kilang Haram Buangan Terjadual di Malaysia disampaikan oleh Ir. Mohd Nazir bin Mansor Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JAS Negeri Sembilan; dan
v. Environmentally Sound Co-Processing of Scheduled Waste oleh Pahang Cement Sdn. Bhd.
Premis juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen dan peraturan-peraturan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.