Penerangan
1 Mei 2025, Melaka - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan siasatan ke atas laporan Notification Pollution Event (NPE) yang diterima daripada urusetia Bahagian Air Marin, JAS Ibupejabat pada 27 Mac 2025. Laporan NPE tersebut merujuk kepada peningkatan nilai bacaan Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan Chemical Oxygen Demand (COD) yang tinggi yang berlaku di sekitar Sungai Malim.
JAS Melaka telah mengambil sebanyak 6 sampel air di 3 lokasi iaitu di kawasan hulu dan di hilir lokasi yang di adu bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan kadar kenaikan nilai tersebut. Kesemua sampel air yang diambil telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Melaka untuk analisa selanjutnya. Punca-punca pencemaran sedang dikenalpasti dengan memantau laporan pelepasan effluen dari premis-premis di sepanjang Lokasi persampelan tersebut.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama