Penerangan
13 Mei 2025, MELAKA - Pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah melaksanakan siasatan awal berkaitan aduan ikan mati oleh orang awam bertempat di Empangan Klebang, Pulau Gadong, Melaka pada 9 Mei 2025 yang lalu.
Berdasarkan siasatan mendapati aduan ikan mati adalah berasas, parameter WQI bagi DO di upstream sangat rendah iaitu dalam CLASS V. Ini menunjukan punca pencemaran berpunca di upstream sungai kerana terdapat ikan mati yang di temui di upstream sungai.
Dipercayai punca pencemaran dilokasi pencantuman 3 anak sungai iaitu Sungai Ayer Salak, Sungai Ayer Hitam dan Sungai Malim yang menyumbang kepada kepada penurunan DO.
Penduduk di sekitar menggunakan air sungai utama iaitu di Sungai Air Salak, downstream sungai bagi aktiviti pertanian di kawasan lokasi yang diadu. Secara visual keadaan air sungai semasa siasatan adalah normal. Pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar Melaka menjalankan siasatan lanjut bagi pematuhan industri di lokasi bahagian upstream Sungai yang berkaitan.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama