Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
- Lokasi
- Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Penerangan
KUANTAN, 29 April 2025 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah dijemput oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk memberi ceramah berkaitan dengan Pengurusan Buangan Terjadual.
Tiga topik ceramah telah disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang iaitu Perundangan Buangan Terjadual disampaikan oleh Encik Muhammad Hamizan bin Hassan, Pengurusan Buangan Terjadual disampaikan oleh Encik Mohd Noriman bin Jaaffar dan Sistem eSWIS Buangan Terjadual oleh Encik Mohamad Shahrizal bin Hashim.
Tujuan ceramah adalah untuk memberi penerangan yang lebih jelas kepada Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pegawai Pendidikan Daerah dalam mengurus Buangan Terjadual yang dihasilkan oleh semua sekolah di Negeri Pahang.