Penerangan
KUANTAN, 28 April 2025 - JAS Pahang dengan Kerjasama PETRONAS Chemicals MTBE Sdn Bhd telah berjaya melaksanakan Program pengumpulan barangan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste) di premis tersebut.
Komponen di dalam e-Waste mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmium, arsenik, bromin, berilium, dan pelbagai lagi yang akan meresap ke dalam bumi dan mencemarkan sumber air serta mengancam hidupan akuatik dan manusia jika e-waste tidak dilupuskan secara mesra alam.
JAS Negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PETRONAS Chemicals MTBE Sdn Bhd dalam menjayakan kempen ini.