Penerangan
KUANTAN, 22 April 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah mengadakan program Perhimpunan Bulanan bilangan 2/2025.
Perhimpunan dimulakan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam dan Alam Gemilang. Turut dilafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam oleh semua pegawai dan kakitangan JAS Pahang sebagai tekad untuk bertugas dengan penuh intergriti dan dedikasi serta menjaga nama baik perkhidmatan awam.
Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat dari Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob. Selain daripada itu turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kehadiran penuh para pegawai bagi bulan Mac 2025.