PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG BERSAMA RAKAN STRATEGI TNB GRID MAINTENANCE TIMUR

aminuddin 21/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI PAHANG BERSAMA RAKAN STRATEGI TNB GRID MAINTENANCE TIMUR
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Pahang
Lokasi
JAS Negeri Pahang

Penerangan

KUANTAN, 14 April 2025 - Sesi Libat Urus melibatkan JAS Negeri Pahang dan TNB Grid Maintenance Timur telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Sesi Libat urus tersebut telah diketuai oleh Ir. Ts. Haji Shaiful Nizam bin Samin, Head (Grid Maintenance - Timur), serta Pegawai-pegawai Jabatan Grid Maintenance Bahagian Grid, TNB. Sesi ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Pahang telah membincangkan program-program yang boleh dilaksanakan secara bersama dalam memberi kesedaran berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada masyarakat. JAS Negeri Pahang sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan