Penerangan
29 April 2025, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan Operasi Bersepadu Kenderaan Diesel di kawasan KM23.1, Jalan Ipoh - Kuala Kangsar dengan kerjasama PDRM IPD Ipoh, Perak.
JAS Perak telah mengeluarkan sebanyak 1 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 1 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh.
Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_april2025
#haribumi2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari