PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA

mansah 19/05/2025 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA
Organisasi
JAS LABUAN
Lokasi
LABUAN

Penerangan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA 13 Mei 2025 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan penguatkuasaan terhadap salah satu projek yang tertakluk di bawah kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemeriksaan ini memberi fokus kepada tahap pematuhan ke atas syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Hasil pemeriksaan di lapangan mendapati berlaku ketidakpatuhan yang dikenal pasti dan direkodkan melalui pengeluaran Field Citation (FC). Berdasarkan kepada penemuan itu, satu *Notis Arahan* di bawah Seksyen 37, AKAS, 1974 telah dikeluarkan supaya tindakan susulan terhadap pemaju projek untuk membuat langkah pembaikan yang sewajarnya. JASWPL menyeru kepada semua pemaju projek yang tertakluk di bawah kelulusan EIA hendaklah sentiasa mematuhi semua syarat kelulusan EIA dan AKAS, 1974. Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui: ?? Talian bebas tol: 1-800-88-2727 ?? Emel: [email protected] ?? Portal aduan: [https://eaduan.doe.gov.my](https://eaduan.doe.gov.my)

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan