Penerangan
05 Mei 2025, Manjung - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk memberi ceramah bertajuk Pengurusan Sisa Buangan E-Waste yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak Puan Aini Oriza Binti Ramli.
Ceramah ini telah disampaikan kepada anggota Polis IPD Manjung bagi memberi pendedahan berkaitan ewaste dan pengurusannya serta hebahan mengenai kempen pengumpulan E-waste isi rumah yang dilaksanakan di negeri Perak. Selain itu, di dalam ceramah tersebut pihak JAS memaklumkan berkaitan yang konsep ekonomi kitaran di mana ewaste mempunyai bahan berharga yang boleh diperoleh kembali dan sangat bernilai di pasaran. Walaubagaimanapun sekiranya pengurusan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan sehingga berlakunya pelupusan haram harus diatasi bersama dengan kerjasama semua pihak dan kesedaran akan bahaya pencemaran ewaste kepada alam sekitar dan manusia akan tercapai dengan nilai kebertanggungjawaban yang dipikul bersama.
Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas komitmen pihak penganjur dalam melestarikan alam sekitar di kalangan warga kerja.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_mei2025
#Haribumi2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari