Penerangan
Rondaan telah dijalankan di kawasan tumpuan di sekitar Subang Jaya, yang meliputi kawasan industri dan komersial seperti Kawasan Subang Light Industrial Park, Kawasan Perindustrian Subang Jaya, Lebuhraya KESAS, Jalan Pingiran Subang, Jalan Subang 3, Jalan Subang Mewah USJ, Jalan Subang Perdana, Jalan Kewajipan USJ 8, Jalan USJ 21, Jalan Persiaran Mulia, Jalan Subang 2, dan Jalan Subang 7/1. Kebanyakan premis di kawasan tersebut tidak beroperasi disebabkan cuti umum ketika rondaan dijalankan.
Pemantauan pada saluran perparitan awam di sekitar kawasan perindustrian mendapati tiada sebarang pencemaran yang dikesan. Paras air sungai dan longkang berada pada paras biasa tanpa sebarang kejadian luar biasa. Tinjauan di sekitar longkang premis juga tidak menemui sebarang unsur pencemaran air atau pelepasan air berwarna yang mencurigakan.
Pemantauan visual pada cerobong premis di kawasan perindustrian menunjukkan keadaan yang terkawal, dengan tiada pelepasan asap hitam yang kelihatan. Selain itu, tiada sebarang bau yang mengganggu atau mencurigakan dikesan di kawasan premis yang dipantau. Tiada aktiviti pembakaran terbuka atau kesan pembakaran yang ditemui sepanjang rondaan.
Secara keseluruhan, pemantauan yang dijalankan di kawasan perindustrian Subang Jaya menunjukkan keadaan yang baik dan terkawal, tanpa sebarang isu pencemaran yang signifikan.