PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN SIASATAN ADUAN BAU DI BANDAR ARMADA PUTRA, PULAU INDAH, KLANG, SELANGOR PADA 10 MEI 2025

normuhamad 14/05/2025 6 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN ADUAN BAU DI BANDAR ARMADA PUTRA, PULAU INDAH, KLANG, SELANGOR PADA 10 MEI 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
KLANG, SELANGOR

Penerangan

Rondaan yang dijalankan di kawasan aduan, iaitu Bandar Armada Putra, Taman Perumahan Armada Putra, Pulau Indah Industrial Park, Jalan Sungai Pinang, Jalan Sungai Chondong, dan Selangor Halal Hub, mendapati tiada bau busuk atau bau yang kurang menyenangkan pada hujung minggu. Ini disebabkan kebanyakan premis di kawasan tersebut tidak beroperasi pada hujung minggu. Ketua rondaan telah menghubungi pengadu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sebelum rondaan dijalankan. Maklumat yang diperoleh dari pengadu menyatakan bahawa bau yang dimaksudkan lebih ketara pada waktu senja dan juga pada waktu pagi. Rondaan yang dilakukan mendapati tiada pencemaran seperti pelepasan asap hitam atau kesan pencemaran lain, serta longkang dan anak sungai di kawasan tersebut berada dalam keadaan biasa. Oleh itu, pemantauan berterusan dari masa ke masa disarankan bagi memastikan bau tersebut dapat dipantau dengan lebih baik. Gambar yang diberikan oleh pengadu turut dirujuk dan rondaan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, rondaan mengikut jadual yang merangkumi kawasan seperti Seksyen 26, Kawasan Perindustrian Hicom, Seksyen 25, Seksyen 24 dan Persiaran Sabak Bernam di Shah Alam dijalankan dengan keadaan cuaca yang panas. Sepanjang rondaan, pemeriksaan terhadap longkang di sekitar premis yang beroperasi mendapati tiada pencemaran atau kesan pencemaran yang dikesan. Pasukan peronda juga tidak menemui sebarang punca pencemaran udara atau pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Pemeriksaan pada cerobong premis pula mendapati tiada pelepasan asap hitam atau bahan pencemar dari premis yang diperiksa. Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan adalah baik dan tiada sebarang pencemaran yang dikesan sepanjang tempoh pemantauan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan