Penerangan
Rondaan telah dijalankan secara berkala di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di sekitar Zon Daerah Sepang. Hasil siasatan mendapati semua kawasan berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan, khususnya di kawasan perindustrian. Tiada juga aktiviti mencurigakan ditemui sepanjang rondaan dijalankan.
Pemantauan susulan juga dilaksanakan di kawasan Sungai Merab Luar dan Jalan Rangkaya Sultan susulan aduan terdahulu berhubung isu pembakaran terbuka. Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka berlaku di kawasan kampung tersebut. Sebagai langkah kesedaran dan pencegahan, satu banner larangan pembakaran terbuka telah digantung di Jalan Rangkaya Sultan, berhampiran Masjid Sungai Merab Luar, sebagai amaran serta peringatan kepada penduduk setempat.
Keadaan cuaca sepanjang rondaan adalah baik dan cerah, yang membantu kelancaran pelaksanaan rondaan.
Ulasan/Syor:
Pemantauan berterusan semasa rondaan OMPT akan diteruskan secara berkala bagi memastikan tiada aktiviti pencemaran alam sekitar berlaku serta bagi menangani isu-isu aduan dengan lebih berkesan.