PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN AWAL SIASATAN INSIDEN KEBAKARAN TAPAK SAMPAH HARAM (BARU) BERSEBELAHAN SERENE HIGHT, SUNGAI PURUN, SEMENYIH, SELANGOR 9 MEI 2025

normuhamad 14/05/2025 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN AWAL SIASATAN INSIDEN KEBAKARAN TAPAK SAMPAH HARAM (BARU) BERSEBELAHAN SERENE HIGHT, SUNGAI PURUN, SEMENYIH, SELANGOR 9 MEI 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR (CAW.KAJANG)
Lokasi
SEMENYIH, SELANGOR

Penerangan

Aduan mengenai gangguan bau asap akibat pembakaran terbuka telah diterima melalui emel JAS. Pasukan Vortex telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 29A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Berdasarkan maklumat daripada pihak bomba, lokasi kebakaran terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama dalam kawasan hutan berbukit yang hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan empat roda. Semasa tiba di lokasi, pasukan mendapati terdapat longgokan sampah besar mengandungi pelbagai jenis sisa termasuk sisa pokok, kayu, buangan pembinaan dan sampah industri, dengan asap tebal keluar dari timbunan tersebut. Tiada pagar atau penghalang di kawasan tersebut dan sampah dibuang di sepanjang laluan. Pihak bomba sedang giat memadam kebakaran walaupun menghadapi kesukaran disebabkan kekurangan sumber air dan keadaan laluan yang mencabar. Asap daripada kebakaran ini menjejaskan kawasan perumahan berdekatan termasuk Serene Height, Hillpark Bandar Teknologi Kajang, Taman Universiti Sungai Tangkas dan sekitarnya. Pemerhatian turut mendapati tiada aktiviti pengoperasian oleh operator haram, namun terdapat kesan pembakaran wayar dipercayai untuk mendapatkan tembaga. Fenomena cuaca panas dan kering juga dilihat menyumbang kepada peningkatan kes kebakaran serta kemerosotan kualiti udara setempat. Siasatan diteruskan dan tindakan susulan termasuk pemakluman kepada Majlis Perbandaran Kajang serta Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, carian hak milik tanah, pengeluaran Notis Arahan kepada pemilik tanah dan pemantauan melalui drone serta rondaan berkala. Pemerhatian ke atas tapak sampah haram lama turut dilakukan dan didapati telah dipulihkan oleh pemilik tanah, walaupun masih terdapat asap keluar dari rekahan tanah. Tindakan pantas pengadu melaporkan insiden ini kepada pihak bomba telah membantu mempercepatkan usaha pemadaman kebakaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan