PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Mesyuarat

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA)

charlie 30/04/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA)
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching, Sarawak

Penerangan

13 MAC 2025, KUCHING – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak, En John anak Rampai telah mengadakan kunjungan hormat kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), YDH SAC Dr.Che Ghazali bin Che Awang bertempat di Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA, Batu Kawa, Kuching yang turut dihadiri YDH Supt. Ku Majidin bin Ku Che Jusoh, Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara JAS dan PGA Sarawak. Kedua-dua Pengarah JAS Sarawak dan Komander Briged PGA Sarawak berharap kerjasama baik antara kedua-dua agensi dapat dijalinkan secara berterusan. Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Ts. Mohamad Zailan bin Hj.Lek, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi) dan Puan Imelda Lander anak Gregory Jimos, Penolong Pengarah Kanan JAS Sarawak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan