Penerangan
24 MAC 2025, KUCHING – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sarawak Shell Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong, JAS Sarawak. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan status terkini pengurusan sisa buangan terjadual berikutan akan berlaku peralihan pengurusan dari JAS ke Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).
Kedua-dua Pengarah JAS Sarawak dan Sarawak Shell Berhad berharap kerjasama baik antara kedua-dua agensi dapat dijalinkan secara berterusan. Sesi kunjungan ini turut dihadiri oleh Ts. Mirza bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) dan En Hazrel Izzat bin Mohd Noor, Penolong Pengarah Kanan serta para pegawai dari Bahagian Pembangunan dan Bahagian Operasi JAS Sarawak.