Penerangan
11 April 2025, KUCHING - Ahli Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Haji Len Talif Salleh di pejabat rasmi beliau di Wisma Sumber Alam, Kuching. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjemput YB Datuk Haji Len Talif Salleh menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 yang akan diadakan pada 21 April 2025 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching, Sarawak.
YB Datuk Haji Len Talif Salleh telah ditaklimatkan berkaitan aktiviti-aktiviti dan pengisian sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Politeknik Kuching, Sarawak dan Majlis Perbandaran Padawan dengan kerjasama pelbagai agensi/jabatan kerajaan.
Kunjungan hormat ini diketuai Tuan John Rampai, Pengarah JAS Sarawak selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025, Encik Elvin Wee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Cr. Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, En Saiful Irwan, Pensyarah Politeknik Kuching yang merupakan agensi kolaborasi bersama bagi penganjuran Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025.