PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Program Pembersihan Paradise Beach Trombol Sempena Hari Bumi Tahun 2025 Peringkat Sarawak

JAS SARAWAK 14/05/2025 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Pembersihan Paradise Beach Trombol Sempena Hari Bumi Tahun 2025 Peringkat Sarawak
Tahun
2025
Organisasi
JAS Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Politeknik Kuching dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan kerjasama JKKK Kg Trombol telah menganjurkan Program Pembersihan Pantai bertempat di Paradise Beach Trombol sempena Hari Bumi Tahun 2025 Peringkat Negeri Sarawak pada 19 April 2025. Program ini telah disertai oleh seramai 70 pelajar Politeknik Kuching serta pensyarah termasuk wakil dari Kg Trombol, pegawai dari JAS, Trienekens dan MPP. Program yang dilaksanakan ini bertujuan mempromosikan gaya hidup lestari di kalangan pelajar IPT dan orang awam. Sebanyak 1091.15kg sampah yang berjaya dikutip oleh peserta program yang terdiri daripada plastik, botol, tin, kertas pembungkus makanan, kaca dan sebagainya. Selain itu, ianya dapat meningkatkan komunikasi sosial kepada peserta yang menyertainya melalui pengkongsian maklumat antara jabatan, pelajar dan orang kampung. JAS pada masa yang sama sangat mengalu-alukan kerjasama seperti ini bagi meningkatkan kesedaran secara berterusan berkaitan keperluan mengekalkan kelestarian alam sekitar.