Oleh charlie · 14/05/2025 · 0 paparan
KUCHING, 21 April 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Politeknik Kuching, Sarawak dan Majlis Perbandaran Padawan dengan kerjasama pelbagai agensi/jabatan kerajaan di bahagian Kuching telah menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi Tahun 2025 Peringkat Negeri Sarawak. Sambutan Hari Bumi pada tahun ini bertemakan ‘Our Power, Our Planet’ bagi menggalakkan ke arah memanfaatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi memastikan masa depan sihat, mampan dan makmur. Hari Bumi disambut sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Sambutan ini adalah acara tahunan yang mempunyai pengisian aktiviti yang bertemakan alam sekitar dan pengurangan penjanaan sisa antaranya pertandingan membina arca dari buangan kitar semula, pertandingan dekorasi kek bertemakan keindahan alam sekitar, enviro treasure hunt, PolyCC talent kali ke-17, aktiviti pembersihan pantai, saringan kesihatan dan kecergasan, pengumpulan e-waste, aktiviti penanaman pokok, pameran dan usahawan belia. Ia bertujuan bagi mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak pada 21 April 2025 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching, Sarawak. Sambutan kali ini menjadikan pelajar IPT sebagai golongan sasaran kerana pelajar IPT merupakan generasi akan datang yang akan mencorakkan pembangunan negara dengan mengambilkira penjagaan bumi dan alam sekitar. Program secara kolaborasi ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat dalam usaha perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar di Negeri Sarawak.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup