Penerangan
KUANTAN, 26 Mac 2025 - Pasukan Penguatkuasaan JAS Negeri Pahang telah menjalankan pemeriksaan ke atas industri-industri yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 sempena Ops Air Raya 2025.
Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 14 premis industri dan 11 sistem pengolahan kumbahan di sekitar daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Bera.
Hasil ops tersebut, JAS Negeri Pahang telah mengeluarkan 3 tawaran kompaun, 10 notis arahan dan 25 arahan di lapangan.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar.