PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

aminuddin 14/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Pahang
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

KUANTAN, 25 Mac 2025 - JAS Negeri Pahang dijemput menyertai Operasi Bersepadu “Ops Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025” oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang. Seramai enam (6) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah terlibat dengan operasi membuat pemeriksaan terhadap motosikal. Lanjutan itu, lima (5) notis telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan