Penerangan
KUANTAN, 19 Mac 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menerima kunjungan wakil bank dari Jepun dan penggerak projek premis yang ditetapkan buangan terjadual di Gebeng, Kuantan.
Sesi lawatan ini adalah untuk wakil bank mendapat pandangan Jabatan bagi kebolehpasaran projek yang akan memberi manfaat kepada Malaysia, isu-isu alam sekitar dan dari sudut perlindungan alam sekitar.
Perbincangan tersebut turut memberi penekanan kepada premis untuk sentiasa patuh kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 agar alam sekitar dapat dipelihara. Lawatan ini turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Temerloh dan pegawai-pegawai JAS Cawangan Gebeng.