PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PENGUATKUASAAN PUNCA BERGERAK JAS NEGERI KELANTAN

ayuni 14/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN PUNCA BERGERAK JAS NEGERI KELANTAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS Negeri Kelantan
Lokasi
Kota Bharu

Penerangan

PENGUATKUASAAN PUNCA BERGERAK JAS NEGERI KELANTAN 11 Mei 2025, Kota Bharu - Satu program penguatkuasaan berfokuskan punca bergerak telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan melalui Unit Kenderaan Bermotor (UKB). Program ini dikenali sebagai Operasi AWASI, dan ia dilaksanakan di beberapa lokasi strategik yang melibatkan laluan utama Kota Bharu - Pengkalan Chepa - Bachok - Pasir Puteh. Operasi bermula seawal jam 10.00 pagi dan tertumpu kepada penguatkuasaan terhadap kenderaan berenjin diesel yang disyaki mengeluarkan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang. Tujuan utama operasi ini adalah bagi memastikan kenderaan yang berada di jalan raya mematuhi piawaian pelepasan asap seperti yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974), sekaligus mengurangkan pencemaran udara daripada sumber bergerak. Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 25 buah kenderaan berenjin diesel telah diberhentikan dan diperiksa kerana disyaki mengeluarkan asap hitam secara berlebihan. Daripada jumlah itu, enam (6) kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan kompaun, manakala sebuah kenderaan telah diberikan notis uji semula di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan