Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN KEMAMAN
- Organisasi
- UNIT PENGUATKUASAAN
- Lokasi
- Kawasan Mak Chili, Bukit Mentok, Cukai, Desa Solehah, Kg Besut, Binjai, Geliga, Kuala Kemaman, Jakar.
Penerangan
1. Tujuan Rondaan
Aktiviti rondaan daratan dijalankan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis serta lokasi yang berisiko tinggi mudah terbakar termasuk tanah gambut, tapak pelupusan sampah, hutan simpan, tanah semak terbiar, tanah pertanian, serta kawasan perindustrian.
2. Kawasan Pemantauan
1) Rondaan hari ini melibatkan pemantauan di Kawasan Mak Chili, Bukit Mentok, Cukai, Desa Solehah, Kg Besut, Binjai, Geliga, Kuala Kemaman, Jakar.
2) Pemantauan susulan bagi kes kebakaran berulang hutan berhampiran TPS Mak Chili. Hasil siasatan ialah :
- Pihak bomba memaklumkan pembakaran berlaku di Sektor D berdekatan dengan Tapak Pelupusan Sampah Mak Chili. Anggaran Sektor D ke Tapak Pelupusan Sampah Mak Chili dalam 800 meter.
- Seramai 42 anggota BOMBA terlibat dalam operasi mengawal kebakaran pada hari ini.
- Pemantauan melalui udara (dron) dijalankan pada jam 11.00 pagi di kawasan kebakaran dan di dapati sedikit sahaja asap di kawasan Sektor D. Pemantauan melalui udara (dron) dijalankan pada jam 6.00 petang mendapati, tiada asap di sekitar Sektor D.
- Bilik operasi bomba masih aktif bagi memantau kawasan kebakaran di hutan kawasan tanah gambut berhampiran Tapak Pelupusan Sampah Mak Cili, Kemaman Terengganu.
- Stesen Pemantauan Kualiti Udara terdekat terletak kira-kira tiga (3) kilometer dari lokasi kebakaran. Bacaan IPU stesen terdekat adalah sederhana iaitu 58 pada jam 5.30 petang, 9 Mei 2025.
3. Pemantauan Projek Check Dam
Projek sistem saliran dan pembinaan Check Dam di Sungai Kg. Mak Chili, TCD 3 di dapati tidak dapat dilalui dan dipantau kerana keadaan sekitar penuh dengan semak. Disyorkan, Check Dam ini di selenggara untuk memudahkan pihak JAS menjalankan pemantauan keatas Check Dam ini.
4. Kempen Kesedaran
Banner larangan pembakaran terbuka dipasang di kawasan rondaan yang berpotensi untuk berlakunya pembakaran terbuka.
5. Senarai Premis yang dipantau
1. Eastern Steel
2. Tosoh
3. Venator
4. KBC
5. Paka Petroleum
6. CKJ
5. Pesama Timber
6. Agenda Cendana
7. Toyota
8. Tan Chong (Nissan)
9. AZN
10. DD Plastik
7. Pemantauan TPS Mak Chili
Rondaan secara udara (Dron) dijalankan di TPS Mak Chili bagi memantau aktiviti di dalam kawasan tersebut dan mendapati tiada aktiviti abnormal yang dikesan.