PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

OPERASI OPS GEMPUR BIL.4/2025

ayuni 14/05/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR BIL.4/2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Kota Bharu

Penerangan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.4/2025 Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.4/ 2025 pada 27 hingga 30 April 2025 ke atas premis-premis di Negeri Kelantan khususnya premis dalam kawasan Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Dalam operasi ini sebanyak tiga pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 6 orang terlibat secara langsung. Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 17 premis. Sebanyak 14 Arahan Lapangan telah dikeluarkan disusuli penyediaan sebanyak 1 tawaran kompaun dan 2 Notis Arahan dikeluarkan sebagai tindakan kepada premis mengikut jenis kesalahan khusus melibatkan pengurusan buangan terjadual, peraturan efluen perindustrian, kumbahan dan peraturan udara bersih. Ops Gempur Bil.4/ 2025 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan