Penerangan
850 pokok bakau ditanam di kawasan tanah lembab KKIP
Sebanyak 850 pokok bakau telah ditanam di kawasan tanah lembab Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sejak Disember 2022 sebagai usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
“Kerajaan negeri komited memastikan pembangunan di Sabah menitikberatkan aspek kelestarian alam sekitar melalui pelbagai dasar termasuk Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah 2017. Ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan, NGO dan sektor swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penanaman Pokok Bakau Sempena Sambutan Hari Bumi 2025 di Skim Penempatan Semula Fasa 1 di KKIP. Pada majlis itu, sebanyak 350 anak pokok ditanam oleh seramai seratus peserta daripada 40 organisasi merangkumi agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak industri, sekolah dan komuniti setempat.